Inilah kampungku,
Lautan manusia mengaburi jalan
Deretan kedai lemang warisan bulan Ramadhan
Kiri kanan jalan semua berasap
Lemang terhidang memang lazat
Kaya miskin semua makan
Pekena sekeping pasti nak lagi
Inilah kampungku,
Buluh dihutan semua ghaib
Mujur anak buluh umurnya panjang
Buat meriam bukan
Buat taji pun bukan
Tapi lemang jadi mangsa
Inilah kampungku,
Lemang lemak cicah gula
Rasa pulut melekit ditangan
Ayuh teman pekena sebatang
Baham 3 batang kenyang uk uk
2010
MAKLUMAN KEMASUKAN KE MAAHAD TAHFIZ SESI 2011
13 years ago
No comments:
Post a Comment