Monday, January 18, 2010

Aplikasi IT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam

Artikel ini ialah berkenaan penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Islam tidak pernah menghalang penggunaan IT dalam menyebarkan agamaNYA. Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju, para pendidik haruslah mengambil peluang menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menyampaikan ajaran agama dengan lebih meluas. Dengan adanya teknologi maklumat, pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dapat dioptimumkan dan akan menjadi lebih berkesan. Disamping itu juga, pelajar dapat memotivasikan diri mereka untuk lebih meminati matapelajaran tersebut. Mereka juga akan cuba untuk mencari sesuatu penemuan-penemuan yang baru untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang Pendidikan Islam. Para pendidik juga akan lebih berkeyakinan dalam penyampaian mereka dan dapat memberi perhatian yang lebih kepada para pelajar.
Justeru itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan IT dalam matapelajaran Pendidikan Islam tidaklah harus diabaikan. Ini penting untuk mewujudkan suasana yang lebih baik disamping menarik minat pelajar sesuai dengan perkembangan pendidikan abad yang ke 21 ini.


Sila beri komen anda mengenai artikel ini.