http://www.slideshare.net/norfariszam/aplikasi-it-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam
Artikel ini ialah berkenaan penggunaan IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.
Islam tidak pernah menghalang penggunaan IT dalam menyebarkan agamaNYA. Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju, para pendidik haruslah mengambil peluang menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menyampaikan ajaran agama dengan lebih meluas. Dengan adanya teknologi maklumat, pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dapat dioptimumkan dan akan menjadi lebih berkesan. Disamping itu juga, pelajar dapat memotivasikan diri mereka untuk lebih meminati matapelajaran tersebut. Mereka juga akan cuba untuk mencari sesuatu penemuan-penemuan yang baru untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang Pendidikan Islam. Para pendidik juga akan lebih berkeyakinan dalam penyampaian mereka dan dapat memberi perhatian yang lebih kepada para pelajar.
Justeru itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan IT dalam matapelajaran Pendidikan Islam tidaklah harus diabaikan. Ini penting untuk mewujudkan suasana yang lebih baik disamping menarik minat pelajar sesuai dengan perkembangan pendidikan abad yang ke 21 ini.
Sila beri komen anda mengenai artikel ini.
MAKLUMAN KEMASUKAN KE MAAHAD TAHFIZ SESI 2011
13 years ago
Aplikasi IT dalam pembelajaran dalam pendidikan Islam adalah satu pembelajaran yang sangat baik kerana ia akan meningkatkan lagi ilmu kepada pendidik untuk menghadapi era pembelajaran di abad yang ke 21 ini sebagai contoh kalau seorang guru ingin mencari kaedah atau panduan dalam pengajarannya beliau boleh mencari sumber dari internet selain sumber yang sedia ada seperti buku panduan dan buku rujukan.
ReplyDeleteBegitu juga dalam pendidikan islam guru boleh mengguna aplikasi IT untuk mendedahkan kepada para pelajar perkara baru yang berkaitan pendidikan islam dan menarik minat untuk subjek ini, yang penting apabila penggunaan IT dapat menberi kefahaman kepada pelajar tentang apa yang ingin di sampaikan.
kesimpulannya aplikasi IT dalam pembelajaran pendidikan Islam adalah sangat bertempatan dengan era pembelajaran moden untuk mendedahkan kepada pelajar tentang islam tidak melarang umatnya tinggalkan perkara duniawi.
Islam tidak pernah menghalang penggunaan IT dalam menyebarkan agamaNYA. Sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju, para pendidik haruslah mengambil peluang menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menyampaikan ajaran agama dengan lebih meluas.Begitu juga dalam pendidikan islam guru boleh mengguna aplikasi IT untuk mendedahkan kepada para pelajar perkara baru yang berkaitan pendidikan islam dan menarik minat untuk subjek ini, yang penting apabila penggunaan IT dapat menberi kefahaman kepada pelajar tentang apa yang ingin di sampaikan.
ReplyDeleteDalam artikel ini disebutkan secara ringkas tentang panduan dan cadangan dari tiga penulis iaitu Fify Farisa, Norhayati dan Siti Zamriah untuk tatapan perhatian guru pendidikan Islam berhubung dengan corak pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan ICT sebagai Bahan Bantu Mengajar. Penulis juga telah membuat penerangan yang umum tentang peri pentingnya penggunaan ICT dalam proses P&P pada masa kini. Penulis juga telah membuat kesimpulan dengan menyatakan perkembangan ICT pada masa kini banyak memberi kemudahan kepada guru dan pelajar dalam meningkatkan proses P&P yang berkesan.
ReplyDeleteDengan adanya teknologi maklumat, pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dapat dioptimumkan dan akan menjadi lebih berkesan. Disamping itu juga, pelajar dapat memotivasikan diri mereka untuk lebih meminati matapelajaran tersebut. Mereka juga akan cuba untuk mencari sesuatu penemuan-penemuan yang baru untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang Pendidikan Islam. Para pendidik juga akan lebih berkeyakinan dalam penyampaian mereka dan dapat memberi perhatian yang lebih kepada para pelajar.
ReplyDeleteberdasarkan artikel ini, ict dalam pendidikan islam perlu dioptimumkan supaya proses p&p lebih berkesan. ict mampu memberi kemudahan kepada guru terutamanya dalam pendidikan islam. sebelum ini, penggunaan ict lebih menjurus kepada subjek matematik dan sains. maka, kita sebagai guru pendidikan islam perlu mengubah persepsi tersebut.
ReplyDeleteMenurut artikel ini,IT dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam perlu dioptimumkan agar lebih berkesan.Selain itu,pelajar menjadi lebih fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorentasikan kepada proses penerokaan dan penemuan melalui ict.Maka,para pendidik akan menjadi lebih yakin dalam penyampaian mereka dan dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajar.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteBerdasarkan pembacaan, saya dapati aplikasi IT dalam PnP sangat sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju, para pendidik haruslah mengambil peluang menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menyampaikan ajaran agama dengan lebih meluas. Penyebaran dakwah dalam konteks pendidikan memerlukan pendekatan yang semasa bagi menarik minat pelajar terus mendalami ilmu pengetahuan. Melalui kaedah ini matlamat untuk melahirkan insan kamil akan lebih berkesan.
Assalamualaikum w.r.t..saya bersetuju dengan artikel yang dipilih dimana ditekankan bahawa Islam tidak menghalang penganutnya untuk mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.Penggunaan dan kemahiran ICT penting pada masakini terutamanya orang-orang seperti kita iaitu golongan pendidik.Ini kerana banyak dakyah-dakyah kristianisasi mahupun Yahudi yang disebarkan tanpa sekatan menyebabkan ramai yang terpesong.Penggunaan ICT dalam P&P sangat bersesuaian di sekolah-sekolah agama.Justeru itu para guru terutamanya guru pengajian Islam perlu menguasai ilmu penggunaan IT dengan sebaik mungkin.
ReplyDeletesalam...pada pandangan saya dalam menuju wawasan 2020,penggunaan ict dalam pendidikan islam amat releven kerana dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.selain itu,para pelajar mendapat peluang yang meluas untuk mendapatkan maklumat dalam mendalami mata pelajaran ini.Oleh hal yang demikian,para guru harus melengkapkan diri dengan pengetahuan yang mendalam tentang IT demi merealisasikan impian melahirkan pelajar yang celik pengetahuan Islam melalui ICT
ReplyDeletePengunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam perlu diaplikasikan oleh
ReplyDeletesemua guru pendidikan Islam disekolah. Penggunaan IT mampu menarik minat pelajar untuk
memberi penumpuan terhadap pengajaran guru. Melalui aplikasi IT, P&P akan mendapat nafas
baru dan pengajaran menjadi amat menarik bergantung kepada kreativiti dan kemahiran
seseorang guru mengendalikannya.
Saya bersetuju bahawa penggunaan IT dalam pengajaran Pendidikan Islam akan memberikan 1001 impak yang positif tehadap perkembangan pendidikan Islam pada hari ini.Namun satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah, penggunaan IT dalam pendidkan Islam hanyalah satu wasilah (medium) untuk melancarkan penyampaian sesuatu ilmu atau isi kandungan pelajaran bukanlah satu matlamat pengajaran. Justeru penggunaan IT perlu diaplikasikan dalam ruang lingkup pendidikan Islam yang menitikberatkan elemen adab, berkat, musyafahah(dalam bidang pengajian al_quran) dan sebagainya.Penggunaan IT dengan mengenepikan elemen-elemen di atas hanya mampu melahirkan ilmuan Islam bukannya Ulama'.
ReplyDeletePenggunaan ict dalam pengajaran memang sesuai untuk pendidikan masa kini kerana ict dapat menjadikan pengajaran lebih berkesan dan menarik..
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan artikel ini yang mana penggunaan ict amat penting juga dalam pendidikan islam.Pelajar akan lebih tertarik untuk belajar dan ini menyebabkan proses p&p akan jadi lebih menarik dan menyeronokkan dan minda pelajar akan terbuka dengan pelbagai maklumat terkini
ReplyDeleteArtikel ini sangat menarik, kerana guru perlu membuat persediaan serta memberi peluang kepada pelajar mengembangkan penggunaan teknologi yang sedia ada untuk menyampaikan ajaran Islam dengan lebih meluas. Dalam p&p, penggunaan it dalam M.Pelajaran PI tidak harus diabaikan untuk menarik minat pelajar sesuai dengan perkembangan pendidikan abad ke 21.
ReplyDeletePengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan teknologi ICT amat sesuai digunakan. Era ilmu tanpa sempadan memberi cabaran baru kepada para pendidik terutama guru pendidikan islam agar lebih kreatif menarik pelajar untuk belajar. Antara yang boleh diguna untuk tujuan itu melalui ICT.Corak pembelajaran pelajar juga mesti berkonsepkan eksplorasi iaitu lebih kepada pencarian sendiri manakala peranan yang dilakukan oleh guru sebagai fasilitator. Dengan harapan pelajar dapat menggabung jalin ilmu yang diperolehi dalam bilik darjah dengan usaha mereka mencari melalui internet, tele pendidikan dan lain lain.Bahkan akhbar, majalah,jurnal kebanyakannya boleh diperolehi melalui capaian elektronik. Ini menguatkan lagi contoh hasil pembelajaran dalam bilik darjah.
ReplyDeletebagi saya .sememangnya ict merupakan bbm yang amat penting masa kini .khusus bagi pendidik ,mereka seharusnya dapat menguasai ict ,kerana bidang pendidikan amat luas bukan hanya di bilik darjah sahaja .corak pendidikan masa kini memerlukan guru dan pelajar yang dapat menguasai ict .
ReplyDelete